SOMETHING AMAZING

not special but interesting to be read

Followers

Tuesday, March 19, 2013

Tinggalkan...

Bismillahirahmanirrahim...
Assalammualaikum w.b.t
Dah lama tak menaip,jadi kali ini saya cuma mahu memberi kekuatan kepada sesiapa yang memerlukan terutamanya diri saya sendiri..
pernah saya mengeluarkan statement di blog ini,kepercayaan ibarat kristal..
Akhirnya,saya lah manusia yang hampa dengan apa yang telah saya nantikan..
Orang menabur janji,dengan sendirinya dia mungkiri..
Hati yang dijaga sebaik mungkin,hanya dicampakkan ke laut dalam..
menangis dan meratap pun tak ada guna..
mungkin ada yang lebih baik,atau mungkin diri saya sendiri tak sebaik yang dia mahukan...
Oleh itu,keputusan yang saya ambil ialah,biarlah dia pergi..Tinggalkan segala kenangan..
Letakkan dalam hati,dia tak perlukan saya lagi..
perit,namun saya cuba untuk menelan..biarlah segalanya tenggelam dimamah bumi..
Buang dia dari kotak fikiran,buang segala rancangan..Pergilah jauh dari dia....
Jangan fikirkan apa2 lagi tentang dia..

"tak pernah kah kau sadari akulah yang kau sakiti .. engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari"

0 comments:

Post a Comment