Pernah anda merasakan bahawa anda keseorangan??
Ditinggalkan orang2 yang tersayang ?
Jujur dari hati saya,saya pernah merasakan perasaan di atas..
Selama ini bersama,tiba-tiba bertukar haluan..
Pastilah perasaan tertanya-tanya mengenai takdir dicetuskan oleh musuh kita yakni Syaitan..
Rasa ingin menangis,perasaan berbolak-balik..Itu semua mainan Syaitan untuk menyesatkan anak cucu ADAM...
Sebenarnya,Allah sentiasa ada bersama kita..Dia menanti kita untuk menadah tangan memohon dariNya agar segala perasaan yang menyesakkan itu pergi bertebaran bagai angin di udara..
Percayalah,air mata yang gugur kerana memohon sesuatu dariNya lebih jauh bernilai daripada kita menangis di hujung katil mengharap sesuatu yang belum pasti..
Saat dahi menyentuh lantai sujud,perasaan ingin dekat dengan Rabb itu lebih kuat..
Dia yang memberi,Dia jualah yang akan mengambil semula apa yang telah diberi..
Dan apa yang telah diambil olehNya akan diganti dengan yang lebih sempurna..
Percaya dan Yakin lah..
Hanya kepada Allah tempat untuk kita bersujud..
Friday, March 1, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment