SOMETHING AMAZING

not special but interesting to be read

Followers

Saturday, September 1, 2012

Hadiah buat Si AnaK

Setiap anak inginkan hadiah yang terbaik

Apakah hadiah yang terbaik untuk kita terima sebagai seorang anak?
Kereta?Rumah?
emmm..
rasanya apa ye?
mungkin jawapannya adalah kasih sayang atau kebahagiaan...
tetapi sebenarnya ialah KESAKITAN dan KEPAYAHAN..
Mengapa itu adalah jawapannya?
penerangannya mudah..
Ibubapa menginginkan yang terbaik dari si anak..
Dan Allah akan mengANUGERAHkan syurga yang abadi buat mana-mana anak yang berbuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapanya..
oleh itu,jika ibu bapa menghadiahkan kesakitan serta kepayahan DIRINYA kepada si anak untuk dirawat segala kesakitan serta dimudahkan segala kepayahan,maka si anak akan memperoleh kebahagiaan yang telah disediakan oleh Allah Taala di syurga nanti sekiranya si anak melakukannya dengan seikhlas hati dan penuh kasih sayang...

renung-renungkanlah..


Friday, August 24, 2012

marah boleh membunuh?


  • marah merupakan satu fitrah yang ada pada setiap manusia yang normal.. ia akan hadir pada setiap manusia tanpa diberi tunjuk ajar..
  • marah ialah ekspresi perasaan kepada sesuatu perkara.. boleh jadi ia baik ataupun sebaliknya..

MARAH YANG BAIK ^-^

# marah apabila melihat maksiat dan marah apabila islam di injak 

MARAH YANG TAK BAIK ^0^

# marah kepada sesuatu perkara dengan cara berlebihan sehingga nafsu mengatasi akal

Thursday, August 23, 2012

KEPERLUAN DAN KEHENDAK

bismillahirahmanirrahim
semua orang tahu bahawa keperluan lebih penting daripada kehendak..
begitu juga pakaian kita seharian..
KEPERLUAN untuk kita memakai pakaian yang MENUTUP AURAT..
KEHENDAK untuk kita memakai pakaian yang mengikut fesyen terkini..
diumpamakan bagai nasi dan sambal belacan..
tanpa sambal belacan,nasi masih lagi boleh dimakan..
namun,,tanpa nasi sambal belacan tidak boleh dimakan..
kita melihat nasi sebagai aurat yang perlu kita jaga..
dan sambal belacan sebagai fesyen..
Dapat kita simpulkan bahawa berfesyen adalah dibenarkan sekiranya penjagaan aurat dijaga dengan seeloknya..INGATLAH..
hidup kita bukan sekadar di dunia..
WALLAHUA'LAM..
fikir2kan

Saturday, July 7, 2012

Al Quran kitab terulung...

Makna Al Quran itu terlalu luas..walaupun pokok2 dijadikan pena ,lautan dijadikan dakwat,tidak akan mencukupi bagi menulis makna kalam tuhan..
Maknanya tiada batasan mahupun sempadan..
Al Quran diturunkan pada malam dan bulan yang hebat serta diturunkan juga kepada insan terhebat iaitu Rasulullah S.A.W..
Mana-mana hambaNya yang membaca lalu memahami isi kandungannya serta menghayati segala isinya akan diangkat darjatnya oleh Allah S.W.T serta diampunkan dosa-dosanya..
Setiap ayat-ayat di dalam Al Quran perlulah dihayati serta difahami..
HambaNya yang membaca Al Quran lalu memahami dan menghayatinya diumpamakan bagai sebiji buah yang amat manis,sedap rasanya dan harum baunya..
Setiap insan yang membacanya perlulah merespon dengan segera segala apa yang diperintahkan Allah S.W.T..
Seperti contoh,Allah menyuruh Rasulullah S.A.W untuk berdakwah dengan mengatakan "Wahai orang yang berselimut,keluarlah dan berilah peringatan kepada umatmu.."
Serta merta Rasulullah bangkit lalu menunaikan Amanah yang diberi..
Begitulah hebatnya tugas Al Quran..
Oleh yang demikian,kita seharusnya menghormati serta memuliakan Al Quran yang bermukjizat..
INSYAALLAH..



wasalam.....

Friday, July 6, 2012

Bertudung Tak Cantik?

Benarkah pendapat sesetengah orang ini?
Bertudung tidak cantik..
DITEGASKAN..bertudung bukan untuk mencantikkan diri tetapi untuk mengelakkan diri daripada direbus kelak..
Dunia hanyalah jambatan menuju ke dua lembah..
lembah kebahagiaan dan lembah kehinaan...
setiap perbuatan kita di muka bumi Allah ini adalah langkah-langkah menyusur jambatan menuju ke arah dua lembah tersebut...
membuktikan bahawa setiap manusia diberi hak untuk memilih..
sebagai seorang muslimah,kita bukan sahaja perlu menitik beratkan pemakaian tudung,malahan jenis tudung juga perlu di ambilkira..ini adalah kerana,ramai di antara kita bertudung kerana fesyen bukan untuk menutup aurat..
tudung berfungsi untuk menutup mahkota,leher serta dada wanita...oleh itu renungkan tudung yang anda sarungkan ke kepala anda..
semoga ia seperti ini...

atau ini..

katakan tidak kepada yang ini!
wasalam.....

solat dan perkara yang amat perlu dititik beratkan

solat itu sesuatu yang wajib...
tetapi ramai di antara kita melakukannya secara sambil lewa...
terdapat beberapa perkara yang diabaikan oleh kaum hawa...
seperti :-

  • wudhu yang sempurna...-kebanyakannya tidak mementingkan sideburn..perlu diingatkan bahawa sideburn adalah anggota wajah yang perlu dibasuh tatkala kita membasuh muka.
  • pakaian solat yang sempurna-kebanyakan dari kita juga tidak memakai telekung yang tidak nipis ataupun lebih mudah dipanggil telekung jarang.bagaimana kita hendak tahu telekung itu jarang atau tidak,first step,letak tapak tangan disebalik telekung.sekiranya warna kulit anda kelihatan bermakna telekung itu jarang  so anda perlulah menukarnya.Kain telekung juga begitu ye hawa..
  • Bacaan dalam solat-yang amat penting dalam solat ialah bacaan Alfatihah..disarankan agar anda memeriksa bacaan anda,seeloknya diperdengarkan kepada mana-mana ustaz atau ustazah.
  • perbuataan dalam solat- toma'ninah perlulah dititik beratkan..toma'ninah ialah berhenti seketika seperti selepas bacaan rukuk,i'tidal serta sujud.
Akhir sekali ialah..keikhlasan hati itu sendiri.


Anda Dinasihatkan agar menjaga segala yang diperkatakan ini..
syukran..
sucikan diri anda

jangan lupa
Wasalam 

WANITA SOLEHAH SEBENARNYA...

Bismillah pembuka kalam...
dah lama tak buat entry...
jadi kali ini,saya ingin membicarakan tentang wanita solehah yang jatuh cinta kepada seorang lelaki ajnabi..
lumrah seseorang itu ingin dicintai dan mencintai..sememangnya fitrah manusia yang telah dianugerahkan daripada Allah..
Namun,sebagai manusia yang serba kekurangan,perlu lah dibataskan perasaan itu sehinggalah yang haram menjadi halal,yang salah menjadi benar dan yang tidak sempurna kepada yang lebih sempurna..
Bukankah cinta itu sesuatu yang suci?
tetapi ramai remaja dan pemuda sekarang menodai kesucian cinta..
cinta fitrah menjadi cinta fitnah..
Akhir Zaman telah tiba..
sudah lah sang gadis....lupakan cinta...
bersabarlah sehingga tiba waktunya...
sehingga disunting seseorang yang layak bergelar teman hidup..
semoga kita sama2 menjadi pemanis rumahtangga....


~SOLEHAH itu mahal nilainya.bukan semua perhiasan dunia itu di nilai SOLEHAH.Mari kita sama-sama mencarinya...(◕‿-✿)~

doa terbaik

tindakan yang amat sempurna
wasalam..

Saturday, March 31, 2012

dendam wanita

 sekadar mau mencurah segala apa yang menjadi bahan buat di pandang si mata..
wanita zaman ini terlalu mudah mempunyai rasa dendam....
sehinggakan bisa menyakiti diri sendiri...
hanya kerana lelaki....
wanita mampu untuk menghancurkan hidup seseorang...
persoalannya,,kemana perginya sifat sabar yang perlu ditanamkan dalam diri seseorang wanita??
TAk perlu memberi jawaban....tepuk DADA tanya IMAN

Monday, January 23, 2012

Kerlingan Si Perawan Jelita

PANDANGAN MATA MU WAHAI JELITA

Berawaslah wahai wanita..matamu ibarat racun yang amat berbisa..mampu menjalar pantas sepantas pancaran kilat yang saling sambar menyambar mendekati hati dan jiwa seorang jejaka...

Dari pandangan matamu mampu mengundang segala macam perkara..namun negatif mengatasi positif..

Indah sungguh ciptaan Yang Maha Kuasa..
Bersyukurlah kerana memiliki sepasang mata yang indah..
Gunalah dengan sebaik-baiknya..


Sunday, January 22, 2012

PEPATAH CINTA

 Cinta yg berlebihan adalah muara luka, maka lakukanlah itu dengan sederhana. Niscaya duka akan menjauh dari cinta

bukan semua cinta memerlukan pengorbanan..
cukuplh sekadar mampu bersatu dengan aman,,cinta bisa MEMPORBODOHKAN kaum HAWA..
tidak untuk sekali dua..namun bisa berkali-kali hingga menampakkan KEBODOHAN kaum HAWA itu sendiri..
kepada kaumku..BERINGATLAH!cinta pada sang arjuna bukan segalanya..
aku bermadah bukan kerana kecewa akan mereka yang mencapah benih..namun kecewa pada yang menyuburkan benih itu pada pasu yang masih belum selesai rekaannya..
kebahagiaan yang kau cari dari cinta yang melampaui batas menjunamkan dirimu ke dasar muara luka itu sendiri..
percaya dan fikirkan..
hak anda untuk menilai.


..