SOMETHING AMAZING

not special but interesting to be read

Followers

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan datang lagi..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatu..

Sekadar ingin berkongsi tips untuk kejutkan rakan-rakan atau akaum kerabat yang payah sangat nak bangun sahur..

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia
3. Renjis air kat muka dia
4. Tampar tampar manja pipi dia
5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect,
1. Jerit nama dia sekuat hati...!
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!

Tapi kalau still tak ada effect gak,
1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji un...

Selamat mencuba ! Ramadhan Mubarak!!!

Saturday, March 23, 2013

Kenapa bertindak kejam?

Apa kemahuanmu??
Setelah kau beri harapan,kau hancurkan?
Apa yang bermain dalam kotak fikiranmu?
Kau menganggap hati kami seperti anjing kurap di jalanan..
Menunggu diberi belas kasihan..

Apa keinginanmu?
Setelah hati kami kau robek,kau biarkan kami sendirian..
Mengapa ini yang hidangkan untuk kami nikmati???
Apa kesalahan kami??

Kerinduan yang luar biasa..

Subhanallah..
Biarpun dia jauh dan aku merelakannya,namun kerinduan ini menyeksa batinku ya Rabb..
Rinduku padanya hanya Engkau yang mengerti..
Aku mengharap petunjukMu..
Bebaskan lah kerinduan ini dari terus bertakhta dalam sanubari..

Thursday, March 21, 2013

Semoga kekuatan itu ada..

Ya Allah..
Berturut-turut ujian yang Kau turunkan pada hambaMu ini..
Namun aku tahu,setiap yang Kau beri mempunyai kebaikannya yang tersendiri..
aku cuba merungkai setiap ujianMu..
namun,masih belum punya jawapan..
Ya Allah..
kuatkan lah hati ini..
tenangkanlah hati ini..
hanya padaMu tempat ku bermohon..

Tuesday, March 19, 2013

Mampukah ?

Bismillah..

Dugaan kali ini terlalu berat pada saya..
Bertindak untuk menidakkan adalah satu tindakan yang menganiaya diri saya sendiri..
Apakah saya mampu meneruskan kehidupan tanpa dirinya di sisi???
Apakah dia masih memerlukan saya??

Ya Allah,aku hambaMu yang lemah dari segala segi ..
Namun ku kuatkan hati ini untuk menghalalkan segalanya..
Hanya padaMu tempat aku meminta,Hanya padaMu tempatku bermohon..
Berikanlah aku kekuatan yang secukupnya agar aku tabah meneruskan kehidupan..
Kurniakan lah dirinya segala yang terbaik buat kehidupannya..
Aku redha ya Allah...
Aku terima dengan seikhlas hati...

Tinggalkan...

Bismillahirahmanirrahim...
Assalammualaikum w.b.t
Dah lama tak menaip,jadi kali ini saya cuma mahu memberi kekuatan kepada sesiapa yang memerlukan terutamanya diri saya sendiri..
pernah saya mengeluarkan statement di blog ini,kepercayaan ibarat kristal..
Akhirnya,saya lah manusia yang hampa dengan apa yang telah saya nantikan..
Orang menabur janji,dengan sendirinya dia mungkiri..
Hati yang dijaga sebaik mungkin,hanya dicampakkan ke laut dalam..
menangis dan meratap pun tak ada guna..
mungkin ada yang lebih baik,atau mungkin diri saya sendiri tak sebaik yang dia mahukan...
Oleh itu,keputusan yang saya ambil ialah,biarlah dia pergi..Tinggalkan segala kenangan..
Letakkan dalam hati,dia tak perlukan saya lagi..
perit,namun saya cuba untuk menelan..biarlah segalanya tenggelam dimamah bumi..
Buang dia dari kotak fikiran,buang segala rancangan..Pergilah jauh dari dia....
Jangan fikirkan apa2 lagi tentang dia..

"tak pernah kah kau sadari akulah yang kau sakiti .. engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari"

Friday, March 1, 2013

Setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri ..

Pernah anda merasakan bahawa anda keseorangan??
Ditinggalkan orang2 yang tersayang ?
Jujur dari hati saya,saya pernah merasakan perasaan di atas..
Selama ini bersama,tiba-tiba bertukar haluan..
Pastilah perasaan tertanya-tanya mengenai takdir dicetuskan oleh musuh kita yakni Syaitan..
Rasa ingin menangis,perasaan berbolak-balik..Itu semua mainan Syaitan untuk menyesatkan anak cucu ADAM...
Sebenarnya,Allah sentiasa ada bersama kita..Dia menanti kita untuk menadah tangan memohon dariNya agar segala perasaan yang menyesakkan itu pergi bertebaran bagai angin di udara..
Percayalah,air mata yang gugur kerana memohon sesuatu dariNya lebih jauh bernilai daripada kita menangis di hujung katil mengharap sesuatu yang belum pasti..
Saat dahi menyentuh lantai sujud,perasaan ingin dekat dengan Rabb itu lebih kuat..
Dia yang memberi,Dia jualah yang akan mengambil semula apa yang telah diberi..
Dan apa yang telah diambil olehNya akan diganti dengan yang lebih sempurna..
Percaya dan Yakin lah..
Hanya kepada Allah tempat untuk kita bersujud..