Makna Al Quran itu terlalu luas..walaupun pokok2 dijadikan pena ,lautan dijadikan dakwat,tidak akan mencukupi bagi menulis makna kalam tuhan..
Maknanya tiada batasan mahupun sempadan..
Al Quran diturunkan pada malam dan bulan yang hebat serta diturunkan juga kepada insan terhebat iaitu Rasulullah S.A.W..
Mana-mana hambaNya yang membaca lalu memahami isi kandungannya serta menghayati segala isinya akan diangkat darjatnya oleh Allah S.W.T serta diampunkan dosa-dosanya..
Setiap ayat-ayat di dalam Al Quran perlulah dihayati serta difahami..
HambaNya yang membaca Al Quran lalu memahami dan menghayatinya diumpamakan bagai sebiji buah yang amat manis,sedap rasanya dan harum baunya..
Setiap insan yang membacanya perlulah merespon dengan segera segala apa yang diperintahkan Allah S.W.T..
Seperti contoh,Allah menyuruh Rasulullah S.A.W untuk berdakwah dengan mengatakan "Wahai orang yang berselimut,keluarlah dan berilah peringatan kepada umatmu.."
Serta merta Rasulullah bangkit lalu menunaikan Amanah yang diberi..
Begitulah hebatnya tugas Al Quran..
Oleh yang demikian,kita seharusnya menghormati serta memuliakan Al Quran yang bermukjizat..
INSYAALLAH..
wasalam.....
.jpg)

.jpg)
.jpg)







